abdul hadi & siti khairiah azmani
tahniah atas walimatul urus antumaa..
الأربعاء، كانون الأول ٠٢، ٢٠٠٩
الاثنين، تشرين الثاني ٣٠، ٢٠٠٩
الثلاثاء، تشرين الثاني ١٧، ٢٠٠٩
SIFAT 13
Ulama islam iaitu ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah mewajibkan (Fardhu Ain) sesorang yang mukallaf mempelajari sifat 13 atau sifat 20. Ini kerana sifat-sifat ini berulang kali disebutkan dalam al-Quran dan hadis-hadis yang sahih secara lafaz mahupun makna.Ini bukanlah bermakna sifat bagi Allah hanya dalam lingkungan 13 sifat sahaja, tetapi kita boleh katakana ianya asas bagi sifat yang lain.
Contohnya sifat al-Qudrah ( Yang Maha Berkuasa ), maka meliputi sifat al-Khalid ( Maha Pencipta ),al-Muhyi ( Yang Menghidupkan ),al-Mumit ( Yang Mematikan) dan lain-lain.
Antara ulama yang menaskan demikian Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Maqasid, Imam al-Ghazali dalam ihyak Ulum al-Din,Imam al-Sanusi dalam Akidah al-Sanusiyyah dan lain-lain.
Sifat ini tidak disyaratkan menghafalnya, yang wajib ialah seseorang itu mengetahui serta mengimaninya dan tidak menafikan sifat-sifat tersebut.Tidak disyaratkan juga mengetahui dalil Aqli untuk sah keimanan seseorang tetapi wajib mengetahuinya sekalipun secara ijmali. Bagi sesiapa yang tidak mengetahui pendalilan langsung maka dia berdosa kerana Allah menyuruh manusia berfikir mengenai kejadianNya untuk menunjukkan adanya pencipta iaitu Allah yang bersifat penuh kesempurnaan yang layak bagiNya, jauh dari segala sifat kekurangan dan keji.
Barang siapa yang menafikan salah satu dari sifat 13 tersebut sekalipun baru memeluk agama islam tidak ada keuzuran baginya,hukumnya kafir,begitu juga bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan mentanzihkan Allah dari persamaan dengan makhlukNya.
Kesemua sifat-sifat Allah disebutkan atau digandingkan dengan kalimah Azali lagi Abadi contohnya Wujud Allah Azali lagi Abadi.
SIFAT 1:AL-WUJUD
Al-Wujud bererti Ada, lawannya al-A'dam (tiada) Sifat Ada merupakan sifat yang wajib bagi Allah, adapun sifat tiada merupakan sifat yang mustahil bagi Allah. Seseorang muslim wajib menyifatkan Allah dengan sifat al-wujud dan menafikan sifat Tiada.
Sesiapa yang menetapkan sifat yang mustahil bagi Allah, kafir .begitu juga hukumnya bagi sesiapa yang menafikan sifat yag wajib bagi Allah.
Allah wujud di Azali iaitu tiada permulaan pada kewujudanNya. Selepas seseorang mengetahui bahawa Allah ada dan Dialah sahaja yang berhak untuk disembah, maka patutlah dia pelajari sifat-sifat yang lain.
Dalil naqli :
أَفِي اللهِ شَكٌّ
( ibrahim:10)
maksudnya :
"Adakah mengenai (kewujudan) Allah sebarang keraguan ?" jawapannya sudah tentu tidak ada sebarang keraguan". Dan
هُوَ اْلأَوَّلُ
(Al-Hadid:3)
Maksudnya :
"Dialah yang pertama"
Dalam sahih al-bukhari diriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُن شَيْءٌ غَيْرُهُ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ
Maksudnya
"adalah Allah (Azali) dan tiadalah sesuatupun selainnya dan adalah arasyNya di atas air"
Hadis ini menunjukkan di Azali tida sesuatu pun bersama Allah ,tiada zaman, tempat mahupun jirim. Dalil aqli secara ijmali ialah dikatakan, sekiranya Allah tidak bersifat dengan sifat ADA serta sifat-sifat yang lain, bagaimana boleh adanya alam ini ?
SIFAT 2 : AL-QIDAM
Al-Qidam beerti Azali, lawannya al-Hudus iaitu baharu. Baharu beerti sesuatu yang asalnya tiada kemudian ada dengan penciptaan Allah.
Dalil Naqli :
هُوَ اْلأَوَّلُ
Maksudnya :
"Dialah yang pertama"
Ulama tauhid berkata yang wujud tiga kategori :
1. Azali lagi Abadi
a iaitu Allah sahaja dan sifat-sifatNya.Sifat Allah kesemuanya Azali lagi
Abadi dengan Azali serta AbadiNya zat.
2. Abadi tidak Azali
aseperti syurga dan neraka
3. Tidak Azali dan tidak Abadi
a ialah makhluk lain seperti manusia
Sesiapa yang menisbahkan Azali atau Qidam berdasarkan makna tiada permulaan atau tidak dijadikan kepada makhluk maka hukumnya kafir secara ijmak.
SIFAT 3 : AL-BAQAK
Al-Baqak maknanya Abadi dan lawannya al-Fanak (binasa atau musnah). Bagi yang sabit atau tetap baginya al-Qidam maka wajiblah bagilah al-Baqak dan mustahil baginya al-A'dam. Oleh itu wajib bagi Allah bersifat Azali lagi Abadi
Dalil Naqli :
ويبقى وجه ربك ذو الجلال والاكرام
(al-Rahman :27)
Maksudnya :
"Dan kekallah zat tuhanmu Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia"
Dalil Aqli ialah sekiranya Allah tidak kekal sudah pasti alam tidak wujud, tetapi alam ini wujud menunjukkan Allah kekal.
Allah kekal secara zatNya dan bukan yang lain menentukanNya kekal. Berlainan dengan makhluk lain yang berada dalam kategori Abadi tidak Azali, harus pada akal fanak kerana kesemuanya ciptaan Allah. Allah dengan Qudrah serta IradahNya dan menentukan kekekalan kesemua makhluk tersebut.
SIFAT 4: AL-WAHDANIAH
Ia bererti Allah Ta'ala Esa, bukanlah dua atau berbilang dan bukanlah terdiri dari gabungan mahupun cantuman seperti sesuatu yang berjisim. Sesuatu yang berjisim contohnya seperti makhluk yang paling besar iaitu Arash terdiri dari gabungan dan cantuman.Sesutu yang berkeadaan demikian menerima pembahagian.Maka mustahil Allah bersifat demikian. Allah Esa ZatNya, Sifat dan juga Af"alNya.
Dalil Naqli :
قل هو الله أحد
(Al-Ikhlas: 1)
Maksudnya :
"katakanlah ( wahai Muhammad ) Allah itu Esa".
Inilah yang dikatakan al-Tauhid Imam al-junaid seorang sufi yang masyhur mengatakan mengenai tauhid ini :(افراد القديم فى المحدث ) iaitu:"Mengesakan yang Qadim (Allah ) dari yang baharu"
Antara sifat Allah yang menunjukkan keesaan Allah ialah al-Wahid dan al-Ahad.
Imam Abu Hanifah berkata dalam kitab beliau al-Fiqh al-Absad : "Allah Wahid bukan dari sudut bilangan tetapi dari sudut sesungguhnya Dia tidak ada sekutu baginya".
Al-Ahad pula sebahagian uiama berkata maknanya sama seperti al-Wahid, sebahagian yang lain berkata : Al-Ahad ialah "yang tidak menerima perbahagian ". Ini kerana Allah bukanlah berjisim.
Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari berkata dalam kitab al-Nawadir: "Barang sesiapa beriktikad bahawa Allah jisim, maka sesungguhnya dia tidak mengenali tuhannya.Dan sesungguhnya dia kafir denganNya ".
SIFAT 5:AL-QIYAM BINAFSIH
Bermakna Maha Kaya (tidak perlu) kepada yang lain, bahkan selain Allah perlu kepadanya.Allah tidak perlu kepada mukhassis untuk Dia ada kerana sifat perlu kepada yang lain menafikan keazalianNya.Sifat perlu juga petanda bahawa sesuatu itu baharu.
Allah tidak mendapat manfaat dengan ketaatan hamba-hambaNya yang taat dan tidak mendapat kemudaratan dengan maksiat yang dilakukan oleh orang-orang yang ingkar. Selain Allah perlu kepadaNya dan tidak bersendirian daripada Allah sekelip matapun.
Dalil Naqli :
والله الغني وأنتم الفقراء
(Muhammad: 38)
Maksudnya :
"dan Allah jualah yang Maha Kaya sedangkan kamu adalah orang-orang yang perlu kepadaNya".
SIFAT 6: MUKHALAFATUHU TA'ALA LIL HAWADIS
Ertinya berlainan atau tiada persamaan Allah dengan segala yang baharu (makhluk). Allah tidak ada bandingan , persamaan atau perserupaan dengan makhluk ciptaan Nya segenap sudut,segenap aspek. Sebarang sifat Allah yang ada persamaan dengan makhlukNya adalah dari segi lafaz perkataan sahaja dan bukannya dari segi makna.
Contohnya sifat Allah mendengar dan makhluk pun mendengar. Sifat mendengar bagi makhluk dengan anggota contohnya dengan telinga ,terbatas dan sebagainya, sedangkan Allah mendengar dengan sifat al-Sam'u yang bukan beranggota,tiada balasan dan lain-lain.
Dalil Naqli :
ليس كمثله شيء
(Al-Syura: 11)
Maksudnya:
"Tiada sesuatupun sepertiNya".
Dalil Aqli, sekiranya Allah serupa dengan makhluk ciptaanNya sudah tentulah harus atau boleh berlaku bagi Allah sifat-sifat yang berlaku kepada makhluk seperti berubah ,berkembang dan binasa
Sekiranya demikianlah keadaannya sudah tentu Allah berhajat atau perlu kepada yang mengubahnya dan sifat perlu kepada yang lain bukanlah tuhan. Oleh itu wajib bagi Allah bersifat tidak serupa dengan makhluk.
Dari dalil naqli diatas difahami tanzih Allah secara menyeluruh kerana Allah menyebutkan kalimah شيء) ) dalam konteks penafian. Kalimah yang nakiroh apabila berada dalam konteks penafian menunjukkan keseluruhan atau umum. Oleh yang demikian Allah Taala telah menafikan diriNya dari sebarang persamaan dengan jirim, jisim dan a'rod.
Allah Taala tidak serupa dengan makhluk yang bernyawa seperti manusia, jin dan malaikat dan selain mereka, begitu juga tidak serupa dengan benda-benda atau yang tidak bernyawa yang berjisim seperti angin, pokok-pokok dan lain-lain.
Penafian ini juga meliputi juga penafianNya dari kammiyyah dan kaifiyyah. Kammiyyah ialah kadar jisim.ukuran dan jarak.setiap sesuatu ciptaan Allah ada kammiyyah tertentu. Kaifiyyah pula setiap yang berlaku perubahan.
SIFAT 7 : AL-HAYAT
Beerti Yang Maha Hidup. Hidup Allah Azali lagi abadi bukan seperti kehidupan yang lain.
Dalil Naqli :
الله لا اله الا هو الحي
(Al-Baqarah :225)
Maksudnya :
"Allah jualah tuhan yang tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Dia Yang Maha Hidup".
Dalil Aqli ialah sekiranya Allah tidak bersifat Hidup bagaimanakah boleh adanya alam ini dan sifat-sifat yang lain. Adanya alam ini menunjukkan adanya pencipta yang bersifat hidup.
SIFAT 8 : AL-QUDRAH
Bermakna Maha Berkuasa. Dari sifat ini ialah menjadikan atau meniadakan. Mengadakan sesuatu dari tiada kepada ada dan meniadakan sesuatu yang ada kepada tiada.
Dalil Naqli :
وهو على كل شيء قدير
(Al-Maidah: 20)
Maksudnya :
"Dan Dialah bagi setiap sesuatu Maha Berkuasa".
Dalil Aqli ialah sekiranya Allah tidak bersifat berkuasa sudah pasti lemah. Sekiranya lemah bagaimanakah Allah boleh menjadikan makhluk yang ada di hadapan mata kita. Ini menunjukkan Allah berkuasa . kemudian sifat lemah satu sifat kekurangan dan tercela maka mustahil Allah bersifat demikian
Sifat Qudrah ini hanya tertakluk kepada perkara yang harus pada akal sahaja atau diterima akal atau yang mungkin pada akal. Tidak tertakluk pada perkara yang wajib pada akal mahupun yang mustahil pada akal.
Contoh:
Soalan yang diajukan oleh orang kafir kepada orang muslim dan tidak dijawab YA atau TIDAK.
Bolehkah Allah memusnahkan atau memaatikan diriNya sendiri dengan qudrahNya? Soalan ini mustahil pada akal kerana Allah Wajib bersifat Al-Hayat yang Azali lagi Abadi yang mustahil bagiNya mati atau musnah. Oleh itu soalan ini mustahil, bagaimana menyifatkan Allah Azali lagi abadi dan dalam masa yang sama hendak membolehkan Dia musnah ? Soalan ini tidak masuk akal sama sekali.
Tetapi jika diajukan kepada manusia. Bolehkah si fulan bunuh dirinya sendiri ? Maka jawapannya boleh dengan izin Allah. Allah yang menjadikan sebab dan musabab. Ini kerana manusia adalah makhluk tidak azali dan tidak abadi, memang diterima akal kewujudan dan kebinasaan. Kita tidak katakan itu perkara mustahil.
SIFAT 9 : AL-IRADAH
Ianya beerti Maha Berkehendak, Allah tidak dipaksa. Dengan sifat ini Allah menentukan atau menetapkan perkara yang mungkin pada akal degan sesuatu keadaan tanpa keadaan yang lain atau dengan sesuatu sifat tanpa sifat yang lain .
Ini kerana mungkin akal merupakan sesuatu yang asalnya tiada kemudian ada dengan ketentuaan Allal Taala untuk ia wujud.Sekiranya Allah tidak kehendaki ianya wujud sudah pasti tidak akan wujud segala sesuatu yang merupakan perkara yanag mungkin pada akal.
Contohnya: Allah Taala dengan IradahNya menentukan manusia hidup berjasad, ada ruh,ada tangan dan kaki serta tubuh badan seperti sekarang. Jika Allah tidak berkendakkan demikian , mungkin pada akal manusia ini berada dalam keadaan yang lain contohnya seperti malaikat,binatang atau jin.
Setiap dari kita mengetahui bukan dirinya sendiri menentukan dia wujud berada dalam bentuk begini dan dalam zaman ini .Maka wajiblah atau mestilah ksemua iu ada yang menentukan demikian iaitu yang azali lagi abadi iaitu Allah Taala.
Dalil Naqli :
فعال لما يريد
( al-buruj ayat 16 )
Maksudnya :
"yang Maha melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki".
SIFAT 10: AL-ILMU
Bermaksud Yang Maha Mengetahui,mana mustahil bagi Allah jahil.Allah mengetahui segalanya yang wajib,mustahil dan harus.
Dalil Aqli mengatakan Allah bersifat mengetahui ialah sekiranya Allah jahil bagaimanakah adanya la mini yang teratur dan indah.Kesemuanya ini menunjukkan adanya Pencipta yang Maha Mengetahui.
Dalil Naqli :
وأن الله قد أحاط بكل شيء علما
(Al-Tholaq: 12)
Maksudnya :
"Bahawasanya Allah ilmuNya meliputi segala sesuatu ".
SIFAT 11: AL-SAMU'
Bermakna Yang Maha Mendengar.Sifat ini tiada persamaan langsung dengan makhlukNya.Tidak boleh menisbahkan Allah mendengar dengan anggota seperti telinga, gegendang dan sebagainya.
Pernah berlaku sebahagian orang yang hanya mempelajari ilmu berkaitan al-Quran dan menghafalnya tetapi tidak mempelajari ilmu dalam mentanzihkan Allah dan tidak mempelajari ilmu berkaitan agama dari ahlinya,sesat dengan mengatakan Allah ada telinga berdasarkan kepada kefahamannya semata-mata dan berdasarkan ilmunya yang cetek.
Bila disoal, kenapakah kamu berkata begitu? Dia berkata : Bukankah Rasulullah bersabda :
لله أشد ءاذانا
Bagi Allah telingaNya besar. Lalu dijawab kepadanya : Kamu telah menyelewengkan hadis, yang sebenarnya Rasulullah mengatakan ( أذنا ) bukanlah (ءاذانا) dari segi bahasa bermaksud pendengaran bukannya telinga.
Dalil Aqli sekiranya Allah tidak bersifat dengan mendengar sudah entu bersifat pekak dan ianya sifat kekurangan bagi Allah dan kekurangan musahil bagiNya.
Dalil Naqli:
وهو السميع البصير
(Al-Syuro: 11)
Maksudnya:
"dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi maha melihat".
SIFAT 12 : AL BASOR
Maknanya Yang Naha Melihat.Allah melihat dengan ZatNya yang Azali dan melihat segala yang baharu dengan sifat melihatNya yang azali, bukanlah pengelihatan Allah seperti makhlukNya.
Dalil Naqli :
وهو السميع البصير (Al-Syuro:11)
Maksudnya :
"Dan Dialah Yang MAha Mendengar lagi Maha Melihat"
Dalil aqli ialah sekiranya Allah tidak bersifat melihat sudah pasti bersifat sebaliknya iaitu buta yang merupakan sifat kekurangan dan ini mustahil bagi Allah.
SIFAT 13 : AL-KALAM
Bermaksud, Allah berkata-kata. Sifat ini tidak sama dengan makhlukNya ,bukan berhuruf,suara mahupun bahasa,tidak ada mula dan akhir.Ta'bir yang menunjukkan kepada kalam Allah yang Azali lagi Abadi ini ialah Al-Quran dan segala kitab-kitab yang diturunkan.
Kata-kata atau percakapan yang lahir dari manusia ada suara yang berasaskan makhroj huruf dan terputus, antaranya juga terhasil dari perlanggaran sesama yang berjisim.
Dalil Naqli :
وكلم الله موسى تكليما
(Al-nisa':64)
Maksudnya :
"Dan Allah telah berbicara dengan Musa secara langsung"
Dalil aqli ialah sekiranya tidak berkata-kata sudah pasti bisu dan ianya kekurangan maka ternafi dari Allah
Al-Quran dan juga kitab-kitab yang lain bukanlah ianya sendiri kalam Allah yag merupakan sifat bagi zat Allah yang hakiki, tetapi merupakan ibarat atau yang menunjukkan kepada kalam Allah yang hakiki yang merupakan sifat Allah.
Kalam Allah yang diturun melalui kitab-kitab disebut sebagai kalam al-munazzal. Bagi kalam yang merupakan sifat bagi Allah disebut sebagai kalam al-zati yang azali lagi abadi.
Kalam al-munazzal seperti Al-Quran termaktub dalam mushaf, berhuruf,dapat disentuh, dibaca dengan kalimah-kalimah den didengar oleh telinga. Bagi kalam al-zati pula ianya tidak menjelma dalam mushaf kerana ianya azali lagi abadi bukannya bahasa , huruf dan sebagainya. Walaupun begitu kita sebutkan keduanya kalam Allah.
Contoh :
Jika ditulis di papan kalimah ALLAH lalu ditanyakan apakah ini ? sudah tentu para hadiran akan berkata ianya ALLAH. Jadi ,kalimah itu menunjukkan kepada zat yang azali lagi abadi iaitu Allah dan bukannya di papan itu ALLAH. Inilah yang dikatakan I'barah. Al-Quran dikatakan kalamullah bukan makhluk.
HUKUM AKAL.
Hukum akal ada 3 iaitu:
1. Wajib akal
Ialah sesuatu yang tidak diterima akal ketiadaannya.
Dalam kata yang lain akal tidak dapat menerima sesuatu itu tiada,akal mesti menetapkan ianya ada.
Contoh : Adanya Allah.
2. Mustahil akal
Ialah sesuatu yang tidak diterima akal kewujudannya.
Dalam kata lain akal tidak dapat menerima sesuatu itu wujud,akal mesti menafikannya dari wujud.
Contoh :Ada sekutu bagi Allah
3. Harus akal
Ialah sesuatu yang harus pada akal ada pada suatu ketika ada pada ketika yang lain.
Dalam kata lain akal boleh terima atau memungkinkan sesuatu itu ada atau tidak.
Contoh : seseorang manusia hidup atau mati.
Allah dan sifat-sifatNya berada dalam kategori wajib pada akal,sesiapa yang menafikannya kafir kepada Allah.Seseorang muslim mesti menafikannya dari Allah.
Sifat-sifat yang mustahil bagi Allah berada dalam kategori mustahil pada akal,sesiapa menetapkannya bagi Allah hukuman kafir.Seseorang muslim mesti menafikannya dari Allah.
Sifat-sifat yang harus bagi Allah perlu juga ditetapkan bagi Allah seperti mematikan,menghidupkan menjadikan seseorang begini atau begitu.
Sifat Al-Qudrah dan A-Iradah hanya tertakluk kepada perkara yang berada dalam kategori harus pada akal sahaja.
Soalan-soalan yang tidak boleh diajukan kepada Allah berkaitan wajib dan mustahil dan tidak dijawab Ya atau Tidak.
1) Adakah boleh Allah jadikan anak bagiNya atau tuhan lain?
2) Bolehkah Allah cipta satu makhluk yang amat besar , kemudian tidak mampu mengatakan dengan kekuasaanNya?
3) Bolehkah Allah mematikan diriNya sendiri?
JAWAPAN
Soalan tersebut merupakan soalan yang tidak diterima akal (mustahil ) kerana:
1) Allah disifatkan sebagai Esa tiada tuhan lain selainNya.Jadi bagaimana boleh sifatkanNya berbilang-bilang setelah ditetapkan keEsaanNya?Tidak boleh digabungkan isbat dan naïf dalam masa yang sama . Jika Allah jadikan selainNya maka itu makhlukNya tuhan atau anak kerana tuhan sifatNya yang menjadikan (al-Khalid) bukan dijadikan.
2) Allah bersifat al-Qudrah, bagaimana dalam masa yang sama disifatkan sebagai lemah?
3) Allah bersifat wajibul wujud,al-hayyu,bagaimana pula boleh menyifatkanNya pula sebagai mati atau binasa?

الاشتراك في:
الرسائل (Atom)